Zidane Puji Ronaldo Serahkan Penalti Kepada Benzema - Bola Sepak | mStar

Zidane Puji Ronaldo Serahkan Penalti Kepada Benzema

Diterbitkan: Ahad, 25 Februari 2018 8:32 AM

(Ubah saiz teks)

MADRID: Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane memuji Cristiano Ronaldo pada aksi berganda yang dipamerkannya sebagai solidariti kepada Karim Benzema selepas dia membenarkan pemain Perancis itu mengambil tendangan penalti dalam kemenangan 4-0 ke atas Alaves pada Sabtu.

Zidane turut meminta agar para penyokong memberikan penghormatan kepada bintang kelahiran Portugal itu.

Benzema dering menjadi kambing hitam di atas ketidaktentuan kempen Real dan berasa berang terhadap 'kesetiaan' Santiago Bernabeu dalam beberapa situasi musim ini kerana pemain itu sering membazir peluang di depan gawang gol.

Benzema membuka laluan kepada Ronaldo untuk menjaringkan gol pembukaan menentang Alaves dan perkara pertama yang dilakukan oleh penjaring terbaik Real itu adalah mencari ruang untuk menghantar tendangan kepada Benzema.

Ronaldo menjaringkan gol ketiga Real selepas Gareth Bale menghadiahkan gol kedua pasukan itu yang juga 'dibuka' oleh Benzema.

Ronaldo dan Benzema. - AP

Ronaldo juga berpeluang untuk melakukan hatrik ketika pasukannya diberikan tendangan penalti pada akhir perlawanan.

Bagaimanapun, Ronaldo memberikannya kepada Benzema yang akhirnya berjaya menghadiahkan sebuah lagi gol buat Real.

"Saya sangat gembira dengan perbuatan Ronaldo. Ini adalah permainan berpasukan dan ia satu keputusan yang menakjubkan.

"Karim bermain dengan sangat baik dan dia layak untuk menyumbat gol kerana memberikan sumbangan yang banyak kepada pasukan," Zidane berkata pada sidang media.

Benzema hampir tiga bulan mengalami kemarau gol dan walaupun mensia-siakan beberapa peluang, dia tetap antara pemain terbaik Real.

"Christiano menunjukkan semangat yang ikhlas bersama Karim. Saya gembira untuk Karim sebab dia seorang pemain luar biasa," tambah pemain sayap Real, Lucas Vazquez. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Ronaldo
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan