Mourinho Lebih Fokus Kepada Liverpool Berbanding Chelsea - Bola Sepak | mStar

Mourinho Lebih Fokus Kepada Liverpool Berbanding Chelsea

Diterbitkan: Ahad, 25 Februari 2018 4:16 PM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho bakal bertandang ke kelab lamanya, Chelsea menjelang perlawanan Manchester United pada Ahad malam.

Mourinho memberitahu, perlawanan dengan Chelsea tidak begitu penting baginya memandangkan pertemuan dengan Liverpool adalah fokus utama.

Skuad Mourinho berpeluang menjarakkan enam mata sekiranya menang ke atas The Blues malam ini.

Kedua-dua pengurus kelab ini sebelum ini pernah 'perang mulut' dan pengurus Chelsea menggelarkan Mourinho sebagai palsu dan 'lelaki kecil'.

"Ia perlawanan biasa sahaja dan bagi saya pertemuan dengan Liverpool dua minggu lagi amat bermakna.

"Kerana kelab saya - semua orang tahu apa yang paling penting adalah bukan saya. Bertemu Liverpool paling penting. Sebab itu saya perlu memberi fokus yang lebih.

"Lagi pun kelab yang saya tinggalkan, sama ada berhenti atau disuruh berhenti, saya mempunyai pandangan yang baik kepada mereka.

"Saya tidak pernah bertemu Inter sejak meninggalkan kelab itu, tetapi apabila bertemu Porto, Real Madrid dan Chelsea, perasaan tetap sahaja baik. Ia bukan sesuatu yang istimewa.

"Perasaan penyokong kami adalah memuncak bukan berkenaan dengan Chelsea, ia lebih kepada Liverpool," jelas Mourinho.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan