Pemain Villarreal Didakwa Atas Cubaan Membunuh - Bola Sepak | mStar

Pemain Villarreal Didakwa Atas Cubaan Membunuh

Diterbitkan: Sabtu, 24 Februari 2018 11:37 AM

(Ubah saiz teks)

VILLARREAL menggantung pemainnya kerana didakwa melakukan serangan dan juga cubaan membunuh.

Ruben Semedo hadir di mahkamah Sepanyol pada Khamis bagi mendengar pertuduhan kes tersebut.

Pemain berusia 23 tahun itu ditahan pada Selasa selepas terlibat orang luar bersama dengan seorang lelaki yang memegang senjata api dan membuat ugutan.

"Memegang kepada kata-kata 'tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah', kelab memutuskan untuk menggantung pemain itu daripada tugasnya tanpa membayar gaji sehingga kes ini selesai," jelas kenyataan Villarreal.

"Villarreal mengakui dakwaan jenayah yang membabitkan Ruben Semedo amat mengerikan."

Sementara itu, ejen kepada pemain itu, Catio Balde memberitahu kepada stesen televisyen Portugis bahawa kliennya itu telah diperangkap.

Pada Khamis, hakim mengarahkan Semedo berada dalam tahanan tanpa sebarang jaminan di atas dakwaan merompak dan penggunaan senjata api.

Tags / Kata Kunci: Villarreal , Ruben Semedo
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan