JFA Tidak Putus Asa Untuk Jadi Ahli EUFA - Bola Sepak | mStar

JFA Tidak Putus Asa Untuk Jadi Ahli EUFA

Diterbitkan: Sabtu, 24 Februari 2018 9:26 PM

(Ubah saiz teks)

BRATISLAVA: Jersey membida untuk menjadi anggota EUFA ke-56 dan akan diletakkan dalam undian pada Isnin walaupun persatuan bola sepak pulau itu berkata, sasaran mereka bukanlah untuk mendapatkan perlawanan popular menentang pasukan hebat di Eropah.

Presiden Jersey FA (JFA), Phil Austin berkata, dia mahi pemain terbaik pasukannya mampu bermain menentang pasukan yang setaraf berbanding cuba menewaskan Jerman, Sepanyol dan Perancis.

Katanya, JFA telah melakukan segalanya untuk membangunkan bola sepak di pulau itu, tapi ia menemui jalan buntu.

"Kami mempunyai pusat kecemerlangan untuk pemain lelaki dan pusat pembangunan untuk perempuan. Kami mempunyai 17 kelab senior, tapi ia tidak berhenti setakat itu kerana kami tinggal di sebuah pulau.

"Apa yang kami tidak ada adalah pertandingan luar yang biasa dianjurkan.

"Kalau anda memiliki pemain berusia 28 tahun, anda mungkin bermain dengan pemain yang sama dalam seminggu selama 15 tahun.

"Kami sudah mencuba untuk cari jalan bagi membolehkan pemain kami bermain di peringkat antarabangsa dan mewakili pulau ini dalam perlawanan yang sihat," katanya kepada Reuters.

"Saya faham England dan Jerman tidak mahu bermain dengan kami.

"Kalau kami di dalam Kumpulan D (Liga Negara-Negara) bersama Andorra, San Marin, Gibraltar, Malta, Liechtenstein, ia sudah memadai,"

Jersey pernah memohon untuk menyertai UEFA pada 2015, namun ditolak oleh ahli jawatankuasa eksekutif institusi itu. - Eurosport

Tags / Kata Kunci: JFA
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan