Riben Kuning: FA Dakwa Guardiola, Ingkar Arahan - Bola Sepak | mStar

Riben Kuning: FA Dakwa Guardiola, Ingkar Arahan

Diterbitkan: Sabtu, 24 Februari 2018 9:35 AM

Pep Guardiola. Foto: Getty Image

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola didakwa oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) gara-gara memakai riben.

Guardiola memakai riben berwarna kuning bagi menyokong ahli politik yang dipenjara di tempat lahirnya, Catalonia.

Dia dianggap melanggar peraturan FA serta pengiklanan.

Bekas pengendali Barcelona dan pemain tengah Sepanyol itu diberi tempoh sehingga Isnin ini untuk memberi maklum balas.

Disember lalu, pihak FA telah menyuarakan perkara ini kepada Guardiola dan dua amaran telah dikeluarkan, namun tidak diendahkan pengurus itu.

Larangan memakai riben itu hanya berkuatkuasa di padang sahaja, dan Guardiola bebas berbuat demikian di tempat lain.

Bagaimana pun, Guardiola tetap memakai riben kuning itu ketika aksi tewas City kepada Wigan dalam saingan Piala FA Isnin lalu.

Tags / Kata Kunci: Guardiola , Riben Kuning
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan