Conte Mahu Lupakan Episod 'Perang Mulut' Dengan Mourinho - Bola Sepak | mStar

Conte Mahu Lupakan Episod 'Perang Mulut' Dengan Mourinho

Diterbitkan: Sabtu, 24 Februari 2018 7:33 AM

MOurinho (kiri) akan menerima kunjungan Conte pada aksi di Old Trafford Ahad ini.

(Ubah saiz teks)

ANTONIO Conte cuba melupakan perang mulut dengan pengurus Manchester United.

Pengurus Chelsea dan Mourinho itu beberapa sejak dua tahun lalu selalu menimbulkan perang psikologi antara satu sama lain.

Conte mendedahkan situasi ini menjelang perlawanan kedua-dua pasukan pada Ahad.

The Blues bakal bertandang ke Old Trafford dan baginya sudah tiba masa untuk memadam episod yang tidak menarik bersama United.

"Saya tidak berminat dengan topik ini. Kedua-duanya adalah sesuatu yang sudah lepas.

"Bagi saya, situasi itu sudah tiada (berhenti)," ujarnya ringkas.

Januari lalu, Mourinho memberitahu dia tidak perlu menjadi seperti 'badut' untuk mengganggu Conte.

Manakala Conte pula memanggil bos United itu sebagai 'little man'.

Perlawanan kedua-dua kelab ini dijangka menarik berdasarkan kedudukan apabila United cuba untuk mengekal posisinya di tangga kedua liga yang kini mengumpul 56 mata.

Manakala Chelsea yang mencatat 53 mata berada di kedudukan keempat mahu mengambil alih tempat United itu.

Tags / Kata Kunci: Antonio Conte , Jose Mourinho
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan