Wenger Tagih Keringat Welbeck - Bola Sepak | mStar

Wenger Tagih Keringat Welbeck

Diterbitkan: Khamis, 22 Februari 2018 12:16 PM

(Ubah saiz teks)

ARSENE Wenger menagih keringat Danny Welbeck menjelang perlawanan Liga Europa bertemu Ostersunds.

Masa depan Welbeck bersama The Gunners sebelum ini kelihatan samar apabila trauma dengan kecederaan lutut yang menyebabkan dia diketepikan selama 18 bulan.

Namun pengurusnya itu percaya kehadirannya ke dalam skuad mempu memberi keyakinan dalam diri pemain itu sendiri untuk menyertai skuad Piala Dunia, England.

Welbeck dijangka akan disenaraikan dalam barisan utama bertemu Ostersunds aksi awal pagi Jumaat ini.

"Saya suka kepadanya kerana dia boleh bermain di bahagian kiri, kanan dan mempunyai kualiti.

"Dia pemain amat berguna dengan sikap positifnya. Dia mungkin bukan penjaring terbanyak seperti Harry Kane tetapi untuk England dia adalah tepat bergandingan dengan pemain itu," jelas Wenger.

Dalam masa sama Wenger mengakui dia mahu menyimpan Welbeck walaupun kontrak pemain itu bakal berakhir tahun depan.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Danny Welbeck
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan