Insiden Padang Diceroboh, Man City Tak Puas Hati - Bola Sepak | mStar

Insiden Padang Diceroboh, Man City Tak Puas Hati

Diterbitkan: Rabu, 21 Februari 2018 8:07 AM

Seorang anggota polis terkena papan iklan yang dilemparkan penyokong di Stadium DW, Wigan pada Isnin. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

WIGAN Athletic menegaskan bahawa langkah keselamatan mereka 'boleh diterima' walaupun pegawai-pegawai Manchester City mengatakan bahawa ia 'tidak mencukupi' berikutan insiden padang diceroboh dan masalah penonton selepas perlawanan Piala FA malam Isnin.

Pegawai Wigan mengadakan pertemuan selama sejam pada Selasa untuk mengkaji semula kejadian dan mengelakkan ia berulang menjelang suku akhir menentang Southampton.

Namun mereka menyifatkan bahawa pencerobohan tidak mungkin berlaku.

Walaupun terdapat kepercayaan di pihak Manchester City, tetapi pengendalian dan kepolisan itu tidak berkesan memandangkan saiz permainan.

Manchester City membawa 4,000 penyokong ke Wigan dan kelab itu bimbang ratusan penyokong tuan rumah dibenarkan mendekati bahagian luar selepas permainan. 

Mereka dilihat membuang objek, termasuk papan iklan di mana salah satunya menimpa seorang pegawai polis yang ketika itu berada di padang.

Terdapat dakwaan mengenai kekurangan polis di dalam Stadium DW. Sesetengah pegawai dikatakan berpindah ke luar untuk menguruskan beberapa insiden sebelum kembali ke dalam apabila keadaan semakin tegang. - MailOnlineUK

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan