Penjaga Gol Legenda Negara Meninggal Dunia - Bola Sepak | mStar

Penjaga Gol Legenda Negara Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 21 Februari 2018 11:02 AM

Chow Chee Keong

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas penjaga gol kebangsaan Chow Chee Keong meninggal dunia pada pagi Rabu.

Chee Keong yang mencecah usia 69 tahun pada 26 November lalu menyarung jersi skuad kebangsaan seawal usia 15 tahun sebelum berhijrah ke kelab Hong Kong dan pernah dinobat sebagai penjaga gol terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) lima tahun berturut-turut dari 1966 hingga 1970.

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Chow Chee Keong yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, jam 8.08 pagi ini,” jelas satu kenyataan di laman Facebook FAM, pagi Rabu.

Sebagai rekod, mendiang pernah membantu skuad kebangsaan menjuarai Pestabola Merdeka 1968.

Berikutan kelebihan yang luar biasa itu, Chee Keong menerima tawaran untuk beraksi bersama dengan kelab di Hong Kong pada usia 20 tahun.

Hampir 15 tahun berkelana bersama tujuh kelab di Hong Kong, Chee Keong bersara dan mendapatkan lesen kejurulatihan.

Beberapa tahun membimbing skuad bola sepak, beliau bertukar angin menceburi bidang golf dan bermain bersama sebuah kelab di Shenzen, China pada tahun 1995.

Tags / Kata Kunci: Chow Chee Keong , meninggal dunia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan