JDT Kunci Pintu Stadium, Elak Penyokong Mundar-Mandir - Bola Sepak | mStar

JDT Kunci Pintu Stadium, Elak Penyokong Mundar-Mandir

Diterbitkan: Isnin, 19 Februari 2018 4:05 PM

Sebahagian penyokong JDT. Foto kredit: Johor Southern Tigers

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) mengambil langkah tegas untuk memastikan kumpulan penyokong yang hadir ke Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos lebih berdisiplin.

Menurut Setiausaha Kehormat (JDT), Kapten Mohd Fahmy Yahya, selepas pertemuan dengan wakil-wakil penyokong kelab, pihaknya telah berbincang mengenai beberapa langkah penambahbaikan.

Ia berdasarkan beberapa isu yang diutarakan oleh wakil-wakil penyokong ini.

“Kami juga turut meminta kerjasama sepenuhnya daripada penyokong sama ada pemegang pas bermusim atau pun tiket untuk masuk ke stadium sebelum pintu dikunci pada jam 9.00 malam untuk Liga Malaysia dan pukul 8.30 malam untuk Piala AFC. 

“Ini bertujuan untuk mendisiplinkan penyokong agar tidak mundar-mandir selepas sepak mula berlangsung untuk keselesaan penyokong yang datang awal,” jelasnya di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Isnin.

Tambah Mohd Fahmy, beberapa perkara lain turut akan dipertingkatkan demi keselesaan dan kebajikan para penyokong.

Tags / Kata Kunci: JDT , Stadium
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan