Manchester United Ke Suku Akhir, Chelsea Bertemu Leicester - Bola Sepak | mStar

Manchester United Ke Suku Akhir, Chelsea Bertemu Leicester

Diterbitkan: Ahad, 18 Februari 2018 10:37 AM

Pemain Manchester United meraikan kemenangan ke atas Huddersfield bersama beberapa orang penyokong yang masuk ke padang.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United bakal berdepan dengan Brighton dalam saingan suku akhir Piala FA.

Juara lima kali trofi tersebut diundi menentang Brighton bagi saingan lapan pasukan terbaik manakala Chelsea pula berdepan Leicester City. 

United mengesahkan kemaraan ke suku akhir selepas skuad Jose Mourinho itu mencatat kemenangan selesa 2-0 ke atas Huddersfield pada saingan kelompok 16 pasukan awal pagi Ahad.

Dua gol United dijaringkan oleh Romelu Lukaku.

Sheffield Wednesday akan menanti kunjungan Rochdale atau Tottenham.

Southampton pula bakal berdepan dengan Wigan atau Manchester City yang beraksi pada Selasa ini.

Undian menyaksikan sepuluh pasukan teratas Liga Perdana berjaya mengelak daripada bertemu antara satu sama lain pada saingan suku akhir ini.

Perlawanan suku akhir bermula pada 16 hingga 19 Mac ini.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Piala FA Inggeris
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan