Fabregas Dedah Hubungan Dingin Dengan Rakan Barcelona - Bola Sepak | mStar

Fabregas Dedah Hubungan Dingin Dengan Rakan Barcelona

Diterbitkan: Ahad, 18 Februari 2018 1:00 PM

Fabregas (kanan) ketika bersama rakan sepasukan, Lionel Messi.

(Ubah saiz teks)

CESC Fabregas hubungannya dengan kawan-kawan di Barcelona agak dingin.

Menurut pemain tengah Chelsea itu, sejak akhir-akhir ini hubungan dengan rakan-rakan bekas kelabnya itu sudah berubah.

"Saya bercakap dengan beberapa orang hampir setiap hari.

"Sekarang kami jarang bercakap, mungkin kerana ada perlawanan," ujarnya yang bersama Barcelona remaja sebelum berpindah ke Liga Inggeris.

Menjelang aksi kalah mati 16 pasukan Liga Juara-Juara Selasa ini, Fabregas mengakui dia sudah bersedia memberi kekecewaan kepada Barcelona.

"Kampung halaman saya, dan merupakan kelab yang telah banyak menyokong karier hidup saya.

"Mungkin ia sedikit beremosi. tetapi sebaik sahaja jejak kami ke padang, segalanya diketepikan. Saya telah melaluinya ketika bersama Arsenal sebelum ini.

"Ia perlawanan besar untuk kelab dan bola sepak inggeris, jadi saya harapkan kami dapat melakukan yang terbaik.

"Barcelona mempunyai kehebatannya sendiri. Mereka tidak akan berhenti memberi tekanan, dan sentiasa pandang ke depan.

"Tetapi, jika dapat melepasi fasa pertama dalam permainan dan tidak terlalu tertekan, saya yakin kami boleh mengecewakan mereka.

"Mereka akan meninggalkan banyak ruang kosong di bahagian belakang. Kami mempunyai tiga hari untuk meneliti permainan dan saya yakin pengurus akan mempunyai penyelesaian yang terbaik," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Cecs Fabregas , Chelsea , Barcelona
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan