Seks Kanak-Kanak: "Dahsyat, Saya Juga Seorang Bapa" - Bola Sepak | mStar

Seks Kanak-Kanak: "Dahsyat, Saya Juga Seorang Bapa"

Diterbitkan: Sabtu, 17 Februari 2018 2:07 PM

(Ubah saiz teks)

PEP Guardiola menzahirkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa penderaan seksual oleh Barry Bennell.

Bekas jurulatih itu mengaku terlibat dengan serangan seksual kanak-kanak lelaki berusia lapan hingga 15 tahun dengan 43 pertuduhan.

Bennell,64, pernah bersama Manchester City dan Crewe Alexandra ketika kariernya sebelum ini.

Guardiola yang kini memimpin skuad City menganggap skandal penderaan seks kanak-kanak itu sebagai dahsyat, situasi dahsyat dan berharap pihak berkuasa menjadikannya sebagai pengajaran serta tidak berlaku lagi.

Gambar Bennell pada tahun 2012.

"Ia adalah isu peribadi, semua orang dalam bilik ini tahu sejarah dahsyat itu. Perasaan dan fikiran saya bersama semua mangsa," jelasnya pada Jumaat ketika sidang media Piala FA pusingan kelima.

"Saya harap semua orang akan mempelajari sesuatu daripada perkara itu, masyarakat akan mengambil peduli kerana saya juga seorang bapa, jadi setelah anda melihat apa yang telah terjadi, ia mungkin boleh berlaku kepada anak lelaki dan perempuan saya."

Tambah Guardiola: "Pihak berkuasa dan hakim perlu membuat keputusan terbaik yang boleh dijadikan pengajaran untuk masa depan supaya ia tidak berlaku lagi."

Bennell akan dibicarakan di mahkamah di Liverpool Isnin ini.

Pada Khamis City, mendedahkan satu nama yang dikaitkan terlibat dengan penderaan seks kanak-kanak.

Tags / Kata Kunci: Pep Guardiola , Manchester City
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan