Conte Beri Amaran Kepada Tiga Pasukan Besar - Bola Sepak | mStar

Conte Beri Amaran Kepada Tiga Pasukan Besar

Diterbitkan: Sabtu, 17 Februari 2018 7:55 AM

(Ubah saiz teks)

BOS Chelsea, Antonio Conte menaruh keyakinan tinggi terhadap skuadnya menjelang perlawanan bertemu Barcelona Rabu ini.

Ia berdasarkan prestasi semasa pemain selepas kemenangan 4-0 ke atas Hull City pada saingan Piala FA Inggeris awal pagi Sabtu.

"Ia sangat hebat buat kami. Apa yang penting adalah kelayakan kami ke pusingan seterusnya. Kini persediaan kami bertemu Barcelona (Liga Juara-Juara)," jelas Conte.

"Anda akan sentiasa mahukan penguasaan ketika bermain. Permulaan permainan yang baik dengan fokus, peluang mencipta gol dan keinginan untuk ke perlawanan seterusnya.

"Saya sangat berbangga dengan komitmen semua pemain," tambah pengendali dari Itali itu.

The Blues bakal berdepan dengan perlawanan sengit selepas ini termasuk bertemu dengan Manchester City dan United.

"Kini keyakinan sudah kembali ada dengan kami. Tetapi dalam tempoh dua minggu akan datang kami akan berdepan dengan perlawanan besar.

"Kami perlu kuat. Barcelona, City dan City...kami sudah sedia," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Antonio Conte , Chelsea
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan