Zlatan Ibrahimovic, Famili Sedia Hijrah Ke LA - Bola Sepak | mStar

Zlatan Ibrahimovic, Famili Sedia Hijrah Ke LA

Diterbitkan: Khamis, 15 Februari 2018 10:57 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Manchester United, Zlatan Ibrahimovic kini sedang mencari rumah baharu di sekitar Beverly Hills, Los Angeles.

Ia berikutan kontrak setahun pemain itu di Old Trafford  bakal berakhir penghujung musim ini, manakala LA Galaxy dikatakan berminat untuk menandatangani kontrak dengan pemain berusia 36 tahun ini.

Malah, ahli keluarganya juga dikatakan berada di California untuk melihat hartanah yang berpotensi untuk dibeli menjelang perpindahannya ke Liga Bola Sepak Amerika Syarikat (MLS).

Zlatan, sudah tidak beraksi sejak Krismas tahun lalu gara-gara kecederaan sewaktu beraksi menentang Burnley.

Difahamkan pemain kelahiran Sweden itu mengalami kecederaan ligamen lutut, menyebabkan Jose Mourinho mula meragui prestasi kecergasannya.

Namun, sumber mendedahkan Zlatan yakin dirinya sudah bersedia untuk beraksi dan memberi impak kepada pasukannya.

Dalam pada itu, kelab LA Galaxy yang sudah lama berhasrat untuk mengikat Zlatan bersedia untuk menjadikannya sebagai pemain paling mahal dalam sejarah permainan bola sepak.

"Dia pemain yang hebat. Pemain sepertinya akan memberi impak kepada pasukan.

"Tak kisahlah sama ada Zlatan, Neymar atau Messi, mereka pasti dapat memberi impak," ujar jurulatih LA Galaxy, Sigi Schmid.

Jelasnya lagi, dia tidak risau kerana Zlatan sudah membuktikan kehebatan dirinya dengan merangkul pelbagai kejuaraan sebelum ini.

"Memang jelas, dia seorang pemain yang berjaya. Dia sudah menang banyak trofi," tambah Sigi.

Tags / Kata Kunci: Zlatan , LA
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan