Klopp Percaya Liverpool Boleh Suaikan Diri Dengan Semua - Bola Sepak | mStar

Klopp Percaya Liverpool Boleh Suaikan Diri Dengan Semua

Diterbitkan: Rabu, 14 Februari 2018 5:30 PM

(Ubah saiz teks)

JURGEN Klopp percaya Liverpool mampu bersaing dengan kelab terbaik Eropah.

Biarpun banyak pihak yang tidak yakin dengan kemampuan The Reds, Klopp berkata mereka telah membuktikannya.

Bulan lalu, skuadnya telah berjaya menundukkan Manchester City 4-3.

"Saya sudah tahu, kami bersedia untuk bersaing dengan mereka dan tidak perlu melihat mereka.

"Malah saya yakin setakat ini pasukan yang paling kuat di Eropah ialah Manchester City dan kami telah bertemu mereka dua kali.

"Liga Perdana agak berbeza tetapi kami berjumpa (City) dan menewaskan mereka. Itu yang berlaku.

"Pun begitu ia tidak penting buat masa sekarang kerana kami di Porto.

"Kita boleh buat kesilapan, itulah kehidupan. Dan sudah tentu kami sebagai sebuah pasukan tidak akan melakukannya," ujar Klopp.

Liverpool bakal berdepan dengan Porto awal pagi Khamis bagi saingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara buat kali pertama selepas tahun 2009.

Tags / Kata Kunci: Liverpool , Jurgen Klopp
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan