Insiden Separuh Bogel Pemain Hunddersfield Jadi Bualan - Bola Sepak | mStar

Insiden Separuh Bogel Pemain Hunddersfield Jadi Bualan

Diterbitkan: Isnin, 12 Februari 2018 9:57 AM

Foto kredit: BT Sport

(Ubah saiz teks)

PENYOKONG-penyokong Hunddersfield bukan sahaja gembira meraikan kejayaan 4-1 ke atas Bournemouth, tetapi turut dapat menonton 'pertunjukan bogel percuma'.

Ketika perlawanan berlangsung dan kamera BT Sport sedang merakam pengurus kelab itu, David Wagner, sesuatu mengejutkan berlaku di belakangnya.

Seorang simpanan (nama tidak didedahkan) melondeh seluarnya untuk kemaskan diri.

Dan siaran itu dapat dilihat oleh semua penyokong di situ.

Klip video tersebut turut dimuat naik di laman Twitter penyokong.

Antaranya; "Wow! Baharu sahaja ternampak pemain simpanan Huddersfield melondehkan seluarnya secara langsung di tv. 93.05 saat.Ulang tayang semua!!!. Pakej siapa itu?."

Malah pemain yang tidak beraksi itu lebih menjadi bualan daripada kemenangan bermakna untuk Hunddersfield.

Tags / Kata Kunci: Huddersfield , Londeh Seluar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan