Liverpool Menang, Van Dirk Salah Masuk Bilik Persalinan - Bola Sepak | mStar

Liverpool Menang, Van Dirk Salah Masuk Bilik Persalinan

Diterbitkan: Isnin, 12 Februari 2018 7:23 AM

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL bangkit daripada kekecewaan minggu lalu dengan mencatat kemenangan 2-0 ke atas Southampton pada aksi awal pagi Isnin.

Dua jaringan di St Mary dirakam oleh Roberto Firmino dan Mo Salah.

Bekas pemain tuan rumah, Virgil van Dijk yang pertama kali kembali ke St. Mary selepas berpindah ke Anfield masih tidak melupakan kelabnya itu.

Ini kerana pemain Belanda itu dengan selamba berjalan masuk bilik persalinan Southampton.

Malah dia juga gagal keluar daripada bilik itu kerana terkunci.

Namun akhirnya dengan bantuan seseorang di situ, dia akhirnya dapat kembali ke skuad Liverpool.

Kemenangan ini menyaksikan skuad kendalian Jurgen Klopp itu mara ke kedudukan ketiga liga dengan 54 mata.

Tags / Kata Kunci: Virgil van Dijk , Liverpool
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan