Liverpool Lupakan Lemar, Sasar Pemain Kelab Bundesliga Bernilai £100 Juta - Bola Sepak | mStar

Liverpool Lupakan Lemar, Sasar Pemain Kelab Bundesliga Bernilai £100 Juta

Diterbitkan: Ahad, 11 Februari 2018 5:35 PM

Jurgen Klopp

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL akan bersaing dengan Arsenal, Chelsea dan Manchester United untuk menandatangani kontrak bersama pemain bintang kelab Bundesliga, menurut laporan.

The Reds menamatkan minat mereka ke atas pemain sayap Monaco, Thomas Lemar minggu ini, meninggalkan Arsenal bebas untuk mendapatkan penyerang mahal itu.

Jurgen Klopp berpandangan Lemar sudah nekad dengan perpindahan ke Barcelona pada musim panas dan telah mengarahkan ketua perpindahan di Liverpool untuk mengalihkan perhatian ke sasaran lain.

Laporan Mirror mendakwa Leon Bailey adalah pemain yang memimpin senarai pengganti berpotensi untuk Philippe Coutinho.

Tawaran lebih dari £20 juta untuk Bailey oleh Chelsea telah ditolak oleh Bayer Leverkusen pada Januari lalu.

Leon Bailey. -fotoGetty

The Blues, bagaimanapun, tidak berputus asa dan yakin mereka boleh menyepakati perjanjian untuk pemain berusia 20 tahun yang sangat berbakat itu pada musim panas.

Chelsea telah melihat Bailey beraksi di Jerman selama berbulan-bulan, tetapi Liverpool dan United bersedia untuk mencetuskan perang bidaan.

Leverkusen akan menuntut bayaran luar biasa untuk aset mereka yang paling berharga itu, dengan pegawai kelab sudah memberitahu Bailey boleh mencecah kos £100 juta.

Bailey menunjukkan prestasi baik musim ini dengan sepuluh gol dan lima assist dalam 22 penampilan.

Anak muda itu boleh bermain di sayap kiri atau kanan dan boleh berlari pantas, menjadikannya satu 'mimpi ngeri' untuk pertahanan pembangkang.

Liverpool sudah mempunyai ramai pilihan pemain sayap yang pantas, tetapi Klopp terdesak untuk menambah pemain lebih kreatif selepas kehilangan Coutinho.

Bailey dianggap berminat untuk beralih ke Liga Perdana, di mana salah seorang daripada idolanya, Raheem Sterling, bermain untuk Manchester City.

Tags / Kata Kunci: Jurgen Klopp , Leon Bailey
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan