“Van Gaal Musnahkan Karier Saya Di Man United” - Bola Sepak | mStar

“Van Gaal Musnahkan Karier Saya Di Man United”

Diterbitkan: Ahad, 11 Februari 2018 1:52 PM

Adnan Januzaj (kiri) bersama Lousi Van Gaal.

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain Manchester United, Adnan Januzaj mendakwa bekas pengurus pasukan, Louis van Gaal memusnahkan kariernya di Old Trafford.

Menerusi satu mesej kepada pengurus Manchester United, Jose Mourinho, Januzaj memberi amaran bahawa pemain-pemain muda seperti Marcus Rashford dan Anthony Martial, hanya akan menjadi bintang utama sekiranya diberi keyakinan dan sokongan oleh pengurus mereka.

Rashford dan Martial kini bersaing dengan pemain baharu yang mendapat tawaran lebih lumayan seperti Alexis Sanchez dan Romelu Lukaku.

Kisah Januzaj memberi peringatan bahawa bakat sahaja tidak cukup untuk berada di sesebuah kelab seperti Manchester United.

Pemain sayap kelahiran Belgium kini menjalani kehidupan baru di Sepanyol bersama Real Sociedad.

Bagaimanapun, Januzaj tidak menolak suatu hari satu hari beliau akan kembali ke bola sepak Inggeris.

"Saya tidak mempunyai sebarang peluang. Saya tidak bersaing. Bagaimanakah saya boleh mengatakan ini... dia (Van Gaal) tidak memberikan saya isyarat yang betul untuk berkembang," katanya. 

"Saya masih seorang pemain muda. Apabila anda mempunyai pemain muda, seorang pengurus perlu memberi keyakinan. Biarkan mereka bermain dan berkembang.

"Sudah tentu, itu tidak berlaku di bawah Van Gaal, jadi ia adalah musim yang sangat sukar bagi saya. Sebelum itu, David Moyes telah mempercayai saya sejak hari pertama. Dia faham saya pemain muda, tetapi ketika Van Gaal tiba, semuanya berubah, perkembangan saya berhenti," dedah Januzaj.

Van Gaal yang sebelum ini berdepan dengan masalah sendiri, menghantar Januzaj ke Borussia Dortmund pada Ogos 2015 untuk 'pinjaman' yang tidak disengajakan.

Mourinho kemudian menggantikan Van Gaal, menjadikan satu lagi pinjaman Januzaj di Sunderland, di bawah David Moyes sebelum pengurus itu disingkirkan.

Mourinho membenarkan perpindahan Januzaj ke Real Sociedad musim panas lalu dengan £8 juta (RM43.58 juta) dan penyerang itu kini mengembalikan keyakinannya selepas 'gagal' di Old Trafford. - Mirror

Tags / Kata Kunci: Adnan Januzaj , Louis van Gaal

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan