Bos Barcelona Ingatkan Chelsea Siapa Antonio Conte Di Kelab Itu - Bola Sepak | mStar

Bos Barcelona Ingatkan Chelsea Siapa Antonio Conte Di Kelab Itu

Diterbitkan: Sabtu, 10 Februari 2018 4:45 PM

Ernesto Valverde

(Ubah saiz teks)

BOS Barcelona, ​​Ernesto Valverde bercakap tentang pengurus yang mungkin berdepan pemecatan, Antonio Conte.

Dia memberi peringatan lelaki dari Itali itulah yang memimpin Chelsea meraih gelaran Liga Perdana, hanya sembilan bulan lalu.

Memenangi 30 daripada 38 perlawanan liga musim lalu, Blues meraih kejuaraan Liga Perdana keenam di bawah Conte, yang hanya menyertai kelab itu pada musim panas terdahulu selepas meninggalkan jawatannya sebagai pengurus Itali.

Namun, Chelsea gagal mendapat pencapaian yang sama dalam kempen semasa dan ketinggalan 19 mata di belakang pemimpin liga Manchester City selepas kalah dua perlawanan terakhir mereka.

Tugas Conte dilihat berada di ambang bahaya selepas kalah 4-1 pada Isnin kepada Watford, dengan pengurusan Chelsea dilaporkan menamakan Luis Enrique sebagai penggantinya.

Tetapi Valverde, yang pasukannya akan berdepan Chelsea dalam Liga Juara-Juara, bersaingan untuk 16 kelompok akhir mengingatkan pencapaian Conte sejak tiba di England.

"Jurulatih Chelsea itulah yang memimpin mereka memenangi gelaran Liga Perdana tahun lalu, dia memenangi banyak gelaran dan dia mempunyai kerjaya yang hebat," kata Valverde.

Ditanya mengenai spekulasi yang mengaitkan bekas pengurus Barca Enrique dengan peranannya di Chelsea, Valverde menambah: "Anda membuat ramalan besar, kerana pada masa ini tak ada apa-apa yang terjadi.

"Adakah anda mahu saya beritahu anda apa yang akan berlaku pada masa akan datang? Atau mengenai ramalan anda? Pada masa ini tidak ada perubahan setakat ini."

Conte menikmati kejayaan hebat dalam musim pertamanya di England tetapi perlu menyesuaikan keadaan dengan apa yang ditinggalkan Jose Mourinho untuk menyelamatkan tugasnya di Stamford Bridge, menurut bekas bintang United, Paul Ince.

"Mengenai hubungan Conte dengan lembaga pengarah pada dasarnya menunjukkan jika mereka tidak puas hati dengan tugasnya dan mahu memecatnya, ia akan memberi kesan buruk terhadap pemain, sama ada dia betul atau tidak," kata Ince.

"Apabila anda menyertai Chelsea, anda tahu apa yang anda buat, dari segi pemilik dan pasukannya.

"Conte tidak menyukainya, tetapi dia perlu mengambil apa yang ditinggalkan Mourinho dan memberi fokus kepada bola sepak."

Dengan baki 12 pertandingan musim ini, Chelsea berada di tangga keempat, satu mata di atas Tottenham di tangga kelima.

The Blues akan berdepan West Brom dalam perlawanan seterusnya. -metroUK

Tags / Kata Kunci: Antonio Conte , Ernesto Valverde
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan