Neymar Mahu Bintang Chelsea Ganti Cavani - Bola Sepak | mStar

Neymar Mahu Bintang Chelsea Ganti Cavani

Diterbitkan: Jumaat, 9 Februari 2018 10:59 AM

Neymar (kiri) dan Cavani. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

NEYMAR menuntut PSG menggantikan Edinson Cavani dengan bintang Chelsea.

Pemain Brazil itu tiba di kelab gergasi Perancis musim panas lalu dan dilaporkan tidak gembira di kelabnya selepas salah faham dengan rakan sepasukannya dari Uruguay itu.

Kedua-dua pemain tersebut terbukti berselisih faham di padang pada Oktober berhubung sepakan penalti dan nampaknya Neymar masih belum memaafkannya.

Neymar yang juga bekas bintang Barcelona tidak lagi mahu bekerjasama dengan Cavani dan telah meminta kelab untuk mencari penyerang baharu untuknya dan Kylian Mbappe.

Dan menurut Don Balon, Neymar telah mengenal pasti Alvaro Morata sebagai pengganti yang sempurna.

Pemain dari Sepanyol itu hanya menyertai Chelsea pada Julai lalu tetapi sedang bergelut apabila hanya menjaringkan empat gol Liga Perdana sejak September dan dia mungkin akan kehilangan posisi selepas kemasukan Olivier Giroud pada Januari.

Morata dilihat berdepan masalah dalam bola sepak Inggeris dan mungkin akan mencari jalan keluar.

Don Balon mendakwa bahawa PSG cenderung untuk memenuhi tuntutan Neymar kerana mereka akan melakukan segala yang mungkin untuk memastikan dia gembira di kelab itu walaupun Real Madrid sangat berminat dengannya.

Laporan itu juga mencadangkan bahawa Chelsea akan menuntut £70 juta untuk pemain nombor sembilan mereka, dan pendahulu Ligue 1 itu pula bakal menawarkan Cavani sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.

Tags / Kata Kunci: Neymar , Alvaro Morata , Cavani
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan