Benarkah Conte Paling Sesuai Ganti Wenger? - Bola Sepak | mStar

Benarkah Conte Paling Sesuai Ganti Wenger?

Diterbitkan: Jumaat, 9 Februari 2018 1:24 PM

Arsene Wenger

(Ubah saiz teks)

ARSENAL sepatutnya menggantikan Arsene Wenger dengan Antonio Conte jika pengurus Itali itu meninggalkan Chelsea.

Cadangan itu dibuat oleh Paul Merson ketika masa depan kedua-dua pengurus itu di kelab masing-masing nampak samar.

Wenger menandatangani kontrak dua tahun musim panas lepas tetapi banyak ramalan menyatakan ini menjadi musim terakhirnya di Emirates.

Urusan perpindahandi Arsenal baru-baru ini yang menyaksikan kedatangan Pierre-Emerick Aubameyang, memberi bayangan bahawa Wenger tidak lagi membuat kawalan penuh di kelab itu.

Sementara itu di Chelsea, Conte berada di ambang pemecatan selepas berdepan permulaan sukar untuk 2018 dan mempunyai masalah hubungan dengan pihak pengurusan kelab itu.

Merson, bekas pemain Arsenal, percaya pasukan lamanya itu akan mengambil kesempatan daripada situasi ini, percaya Conte dapat memperbaiki pertahanan Gunners.

"Pada hari dia meninggalkan Chelsea, jika saya jadi Arsenal, saya akan terus menelefonnya," kata Merson kepada Sky Sports.

"Arsenal memerlukan seseorang seperti dia. Dia membuat orang kecewa tetapi dia mahu anda bermain dengan cara tertentu dan dia akan membuatkan anda kuat di bahagian belakang.

"Sebaik sahaja Arsenal kukuh di bahagian belakang mereka akan mewujudkan satu kekuatan."

Idea untuk Arsenal menggunakan khidmat Conte mungkin kelihatan aneh, tetapi Merson percaya bekas pasukannya akan bersikap terbuka untuk melakukan langkah sedemikian.

"Dia salah seorang pengurus terbaik. Saya fikir Arsenal akan berkata 'kami akan mendapatkan kamu musim depan'.

"Lambat laun ia perlu diubah, Arsene tidak boleh kekal selamanya. Pengurus-pengurus ini tidak selalu ada dalam bola sepak.

"Arsenal tidak boleh terus kehilangan semua pengurus ini."

Tags / Kata Kunci: Antonio Conte , Arsene Wenger
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan