Ronald Koeman Jurulatih Baharu Belanda - Bola Sepak | mStar

Ronald Koeman Jurulatih Baharu Belanda

Diterbitkan: Rabu, 7 Februari 2018 12:02 PM

(Ubah saiz teks)

RONALD Koeman dilantik sebagai jurulatih Belanda yang baharu.

Bekas pengurus Everton itu diberi tanggungjawab menguruskan pasukan kebangsaan termasuk persiapan Piala Dunia 2022.

"Saya bergitu positif dengan masa depan skuad kebangsaan yang pastinya mempunyai ramai pemain berbakat tetapi kami perlu berubah.

"Perkara itu akan dibincangkan nanti.

"Saya yakin Netehrlands perlu dan patut berada dalam pusingan kelayakan utama dan nampak masa depan sangat cerah. Sebab itulah saya bersetuju memikul tugas ini," ujarnya pada sidang media selepas dipilih oleh Persatuan Bola Sepak Belanda (KNVB).

Bekas pemain pertahanan Belanda ini merupakan jurulatih ketujuh Oranje dalam tempoh lapan tahun.

Belanda berjaya merangkul gelaran naib juara Piala Dunia 2010 dan menamatkan di tempat ketiga ketika di Brazil empat tahun lalu.

Selain Everton, Koeman juga pernah mengurus beberapa kelab lain termasuk Barcelona (2000), Southampton dan Feyenoord.

Tags / Kata Kunci: Belanda , Ronald Koeman
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan