Enrique Sedia Ganti Conte, Sudah Tetapkan Sasaran Pertama - Bola Sepak | mStar

Enrique Sedia Ganti Conte, Sudah Tetapkan Sasaran Pertama

Diterbitkan: Rabu, 7 Februari 2018 12:47 PM

Luis Enrique. -fotoGetty

(Ubah saiz teks)

LUIS Enrique sangat berminat untuk menyertai Chelsea menggantikan Antonio Conte yang sedang tertekan.

Malah, dia dilaporkan sudah pun membuat keputusan untuk menandatangani pemain pertamanya.

Kedudukan Conte kini semakin terancam selepas kalah berturut-turut menentang Bournemouth dan Watford.

The Blues telah membuat senarai penggantiannya yang berpotensi.

Enrique dipercayai menjadi salah satu sasaran utama Chelsea dan kini rancangan televisyen Sepanyol El Chiringuito TV berkata dia bersedia menerima tugas itu dan menjadikan Luis Suarez sebagai pemain pertama yang akan dibawa masuk di bawahnya.

Bekas bos Barcelona itu bertanggungjawab ketika pemain dari Uruguay itu berpindah ke Camp Nou dari Liverpool.

Enrique nampaknya telah membuat kesimpulan yang sama dengan Conte dan ingin Suarez menjadi rakan Alvaro Morata sekiranya dia diberi tugas mengendalikan Chelsea.

Selama tiga musim bersama, Suarez menjaringkan 121 gol dalam semua pertandingan dan mengesahkan statusnya sebagai penyerang terbaik dalam bola sepak dunia.

Mereka juga memenangi sembilan trofi bersama, termasuk Liga Juara-Juara dan dua gelaran La Liga.

Ironinya, nasib Conte kemungkinan akan diputuskan oleh Suarez dan kelab lama Enrique, Barcelona, ​​yang akan berdepan Chelsea dalam perlawanan kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Pemilik kelab, Roman Abramovich akan menjadikan pertandingan itu sebagai ujian akhir kepada Conte untuk memutuskan sama ada dia harus kekal, dengan Enrique mengetuai senarai penggantian bersama nama lain seperti bekas bos Dortmund Thomas Tuchel dan pengurus Napoli Maurizio Sarri. -metroUK

Tags / Kata Kunci: Luis Enrique , Antonio Conte
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan