Mahrez 'Hilang' Lagi - Bola Sepak | mStar

Mahrez 'Hilang' Lagi

Diterbitkan: Selasa, 6 Februari 2018 9:45 PM

Riyad Mahrez. Foto AP

(Ubah saiz teks)

RIYAD Mahrez terus 'menghilangkan diri' selepas tidak hadir menyertai latihan pasukan Leicester City pada Selasa.

Kelab itu cuba menyelesaikan isu dengan Mahrez dan ejennya dalam usaha untuk membawa pemain itu kembali ke skuad di bawah pengurus, Claude Puel.

Bagaimanapun sumber memberitahu Sportsmail bahawa Mahrez tidak hadir di kompleks Belvoir Drive di Leicester, seminggu selepas pemain kelahiran Algeria itu tidak menghadiri latihan buat pertama kali.

Ketika itu Mahrez dalam cubaan untuk berpindah ke Manchester City.

Kini timbul tanda tanya sama ada penyerang berusia 26 tahun akan muncul dalam perlawanan Leicester yang akan datang, menentang Manchester City pada Sabtu. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: Riyad Mahrez
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan