Kuasa Wang Musnahkan Liga - Wenger - Bola Sepak | mStar

Kuasa Wang Musnahkan Liga - Wenger

Diterbitkan: Sabtu, 3 Februari 2018 8:10 AM

(Ubah saiz teks)

PERSAINGAN dalam liga terbesar Eropah dimusnahkan oleh kelab-kelab yang mempunyai kuasa wang, jelas bos Arsenal.

Arsene Wenger berkata demikian merujuk kepada liga di Perancis, Jerman, England dan Sepanyol.

Paris Saint Germain meletak jurang sebelas mata daalam Ligue 1, Bayern Munich 16 mata kelebihan dan Bundesliga manakala Manchester City 15 mata meninggalkan kelab lain di Liga Perdana Inggeris.

Wenger berkata, 'jangkaan' sudah hilang.

"Apabila anda lihat lima liga terbesar di Eropah pada Disember lalu, kita sudah tahu empat kelab sudah bergelar juara.

"Ini bermakna ia bukan persaingan yang betul. Kuasa wang sesetangah kelab secara asasnya telah memusnah pertandingan ini," ujarnya.

Di Sepanyol, Barcelona mencatat sebelas mata kelebihan daripada Atletico Madrid.

Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan