Van Dirk Tak Gemuk! - Bola Sepak | mStar

Van Dirk Tak Gemuk!

Diterbitkan: Sabtu, 3 Februari 2018 1:29 PM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp mempertahankan pemain yang didakwa terlebih berat badan.

Bekas pemain pertahanan The Reds, Jamie Carragher mencadangkan pemain baharu kelab itu, Virgil van Dijk supaya menurunkan berat badannya.

Namun, Klopp yang merehatkan pemain berharga 75 juta pound itu riba dari Southampton Januari lalu tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut.

"Wow! Saya pasti Jamie yang perlu naikkan sedikit berat badan,  tetapi Virgil tidak isu ini.

"Dia adalah (fizikal) besar dan tinggi, itulah keadaannya. Kami mempunyai pasukan nutrisi yang lengkap dan tidak ada sesiapa datang bertemu saya berbincang mengenai perkara itu.

"Ia bukan satu isu," ujarnya.

Van Dijk dijangka turun beraksi menjelang perlawanan bertemu Tottenham Ahad ini.

Liverpool kini berada di kedudukan ketiga liga.

Tags / Kata Kunci: Jurgen Klopp , Liverpool , Virgil van Dijk
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan