Pengadil Tendang Kaki Pemain, Digantung Enam Bulan - Bola Sepak | mStar

Pengadil Tendang Kaki Pemain, Digantung Enam Bulan

Diterbitkan: Jumaat, 2 Februari 2018 4:27 PM

(Ubah saiz teks)

PENGADIL Tony Chapron digantung enam bulan gara-gara menendang kaki pemain.

Chapton bertindak demikian ke atas pemain Nantes Diego Carlos pada aksi Ligue 1 bertemu Paris Saint Germain bulan lepas.

Insiden berlaku ketika Diego yang sedang berlari ke arah gol lawan, dalam masa sama pengadil tersebut turut berlari seiring dengannya.

Namun ketika Chapron cuba melintasi Diego, pemain itu tidak sembpat mengelak dan tertolak pengadil sehingga terjatuh.

Ketika cuba bangun, Chapron dilihat menendang kaki Diego.

Malah Chapron turut bertindak melayangkan kad kuning seterusnya kad merah kepada Diego.

Namun selepas kejadian, Chapron tampil memohon maaf kepada Diego.

Tags / Kata Kunci: Tony Chapron
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan