Sandro Cari ‘Shin Guard’ Hilang - Bola Sepak | mStar

Sandro Cari ‘Shin Guard’ Hilang

Diterbitkan: Khamis, 25 Januari 2018 3:17 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyerang Kedah, Sandro Mendonca menawarkan jersinya kepada individu yang menemui pelindung kakinya (shin guard).

Pemain import dari Brazil itu memuat naik posting di laman Instagramnya mengenai barangnya yang tertinggal di bangku simpanan pemain ketika aksi persahabatan bertemu Suphanhuri di Stadium Darul Aman, Rabu.

Menurut Sandro, pelindung kakinya itu amat sentimental dan memberikan tuah buat dirinya sejak digunakan tahun 2015.

"Saya merangkul beberapa trofi ketika memakainya kerana shin guard itu mempunyai foto keluarga saya dan ia merupakan barangan peribadi.

"Dan ia membawa banyak kegembiraan sepanjang saya memakainya," jelasnya.


Tambah pemain berusia 34 tahun ini, sesiapa yang menjumpainya dan menyerahkan barangan itu kepadanya, dia akan memberikan jersi yang dipakai selepas perlawanan persahabatan sebagai penghargaan.

"Saya akan beri baju perlawanan sebagai tanda terima kasih. Saya harap akan mendapatnya kembali. Terima kasih semua!!."

Pada perlawanan persahabatan, Rabu, Kedah tewas 1-3 kepada kelab dari Thailand itu.

Tags / Kata Kunci: Sandro Mendonca
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan