Arsenal Diminta Cepat Sikit Buat Keputusan! - Bola Sepak | mStar

Arsenal Diminta Cepat Sikit Buat Keputusan!

Diterbitkan: Khamis, 25 Januari 2018 5:54 PM

Pierre-Emerick Aubameyang. -fotoEPA

(Ubah saiz teks)

ARSENAL telah diminta segera membuat satu keputusan berhubung pembelian Pierre-Emerick Aubameyang.

Jurulatih Borussia Dortmund, Peter Stoger tidak dapat menentukan sama ada penjaring terbanyak kelab itu akan dapat bermain pada hujung minggu ini kerana rundingan dengan Gunners masih berlanjutan.

Harga £50 juta yang telah dinaikkan Arsenal ditolak oleh kelab Bundesliga itu pada Selasa dan beberapa eksekutif kelab Liga Perdana Inggeris itu masih berada di Jerman untuk membuat tawaran harga.

Tawaran tersebut dibuat selepas Dortmund menolak tawaran awal £45 juta Arsenal. Dortmund dilaporkan meletakkan £60 juta untuk Aubameyang.

Aubameyang, 28, tidak disenaraikan dalam dua perlawanan terakhir Dortmund kerana masalah sikap, tetapi telah kembali berlatih minggu ini dan mungkin akan dipilih untuk perlawanan pada Sabtu menentang Freiburg.

Stoger bagaimanapun masih bimbang pemain yang telah menjaringkan 13 gol musim ini itu tidak dapat memberikan persembahan terbaik semasa perlawanan selepas nekad untuk berpindah ke Emirates.

Dan dia juga tidak dapat menyatakan sama ada Olivier Giroud akan dapat dibawa masuk sebagai pertukaran sebagai sebahagian daripada perjanjian.

"Saya hanya boleh katakan bahawa kita mahu segera mendapat penyelesaian untuk situasi ini.

"Apa pun hasilnya, semua orang akan bersetuju bahawa apa sahaja penjelasan ia akan membantu pasukan."

Dortmund kini berada di tempat keenam Bundesliga. -TheSunUK

Tags / Kata Kunci: Aubameyang , Peter Stoger
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan