Newcastle Ikat Kenedy Dengan Pinjaman - Bola Sepak | mStar

Newcastle Ikat Kenedy Dengan Pinjaman

Diterbitkan: Rabu, 24 Januari 2018 8:06 AM

(Ubah saiz teks)

NEWCASTLE United menandatangani pemain sayap Chelsea, Kenedy dengan pinjaman untuk baki musim ini.

Pemain berusia 21 tahun itu menghadapi detik sukar untuk masa perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini, dengan kesemua lima kemunculannya dalam FA dan Piala Carabao untuk pasukan Antonio Conte.

Pengurus Magpies, Rafael Benitez yang sudah lama meminati pemain kelahiran Brazil itu terlepas peluang untuk mengikat Kenedy pada tingkap perpindahan EPL lalu.

Benitez percaya kemampuan Kenedy akan membantu Newcastle dalam EPL. Mereka berada di tangga ke-15 di depan menjelang perlawanan menentang Chelsea dalam Piala FA.

Kenedy pula tidak layak untuk bermain menentang kelab induknya.

"Kenedy adalah pemain yang kami ikuti sejak musim panas lalu.

"Kami berminat dengannya adalah disebabkan kebolehannya bermain dalam pelbagai posisi iaitu sebagai pemain sayap, sayap belakang dan juga sebagai penyerang bek kiri," kata Benitez kepada laman web kelab itu. - Eurosport

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan