Wenger Dedah Mengapa Mkhitaryan 'Bergelut' Di United - Bola Sepak | mStar

Wenger Dedah Mengapa Mkhitaryan 'Bergelut' Di United

Diterbitkan: Selasa, 23 Januari 2018 6:13 PM

Henrikh Mkhitaryan. -fotoGetty

(Ubah saiz teks)

PENGENDALI Arsenal Arsene Wenger telah membincangkan tentang perpindahan Alexis Sanchez ke Manchester United pagi ini dan mengalu-alukan kedatangan Henrikh Mkhitaryan.

Arsenal telah kehilangan Sanchez yang berhijrah ke United tetapi memperoleh Mkhitaryan sebagai pengganti, sebagai sebahagian daripada perjanjian.

Berdasarkan teori Wenger, Mkhitaryan, pemain antarabangsa Armenia berada dalam keadaan tertekan untuk membuktikan kemampuannya dalam tempoh 18 bulan di Old Trafford.

Tetapi Wenger telah menjadikannya sebagai sasaran besar, mendedahkan dia bergelut di United kerana perlu bersaing untuk mendapat tempat di bahagian serangan.

"Saya tidak ragu-ragu mengenai sikapnya," kata Wenger kepada wartawan menjelang pertandingan pasukannya menentang Chelsea.

"Dia sedikit menderita dengan persaingan di sana (United).

"Saya akan tahu sejauh mana (terjejas) dalam beberapa minggu akan datang.

"Itu cabarannya dan cabaran saya untuk mengubahnya di sini."

Wenger juga enggan menyatakan jika Mkhitaryan akan beraksi menentang Chelsea.

"Ia bergantung kepada prestasi pasukan," katanya.

"Juga prestasinya dalam latihan."

Dalam pada itu Wenger juga mempertahankan Sanchez.

Katanya dia tidak pernah mempunyai masalah dengan sikap pemain.

"Sanchez adalah seorang lelaki hebat dan sentiasa komited," katanya.

"Dia seorang lelaki yang sukakan bola sepak.

"Apabila dia berada di padang, dia memberikan yang terbaik." -expressUK

Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan