Hazard Beri Conte Amaran! - Bola Sepak | mStar

Hazard Beri Conte Amaran!

Diterbitkan: Selasa, 23 Januari 2018 1:30 PM

Antonio Conte. -fotoGetty

(Ubah saiz teks)

EDEN Hazard memberi amaran bahawa Chelsea tidak boleh hanya bertahan dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Carabao menentang Arsenal pada Rabu.

Kedudukan kelab ini masih tidak kukuh selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama di Stamford Bridge awal bulan ini.

Hazard yang sebelum ini mengkritik taktik pengurusnya, Antonio Conte, menegaskan Chelsea perlu menyerang.

"Sudah tentu kami akan pergi ke sana untuk menang kerana kami mahu memenangi trofi dan Piala Liga adalah trofi yang baik," kata pemain dari Belgium itu.

"Jika kami asyik berfikir untuk bertahan dengan Arsenal, ia adalah satu perkara yang tidak baik kerana kami perlu menjaringkan gol.

"Kami akan lihat pasukan, mungkin pengurus dapat mengubah beberapa pemain (setelah menang ke atas Brighton).

"Adakah saya fikir permainan nanti akan jadi seperti perlawanan liga sebelum ini? Saya harap!.

"Kami perlu mencari penyelesaian untuk menimbulkan masalah kepada mereka.

"Kami akan pergi ke sana untuk mencipta peluang kerana jika kami tidak mencipta peluang kami tidak dapat menjaringkan gol. Mudah saja." -metroUK

Tags / Kata Kunci: Eden Hazard , Piala Carabao , Antonio Conte

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan