Bekas Pemain Chelsea, Man City Kini Presiden Liberia - Bola Sepak | mStar

Bekas Pemain Chelsea, Man City Kini Presiden Liberia

Diterbitkan: Isnin, 22 Januari 2018 6:22 PM

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain Chelsea dan Manchester City secara rasmi menjadi presiden Liberia pada Isnin.

George Weah,51, pernah dikenali antara penyerang terbaik di dunia sejak memulakan karier bola sepak pada tahun 1985 bersama kelab Liberia, Mighty Barrolle.

Pada tahun 1988-92, Weah bermain untuk Monaco dan merakam 47 rekod jaringan.

Selepas itu dia bersama Paris Saint-Germain (1992-95), 32 gol.

Weah (kanan) pernah menjadi sebutan sebagai penyerang terbaik dunia satu masa dahulu.

Pada tahun 1995-2000, Weah meledak 46 gol bersama AC Milan sebelum berpindah ke Liga Perdana Inggeris.

Dia menyarung jersi Chelsea hanya semusim dan menjaringkan tiga gol (2000) sebelum berpindah ke Manchester City.

Selepas itu dia beraksi bersama Marseille (5 gol ) sebelum bersama Al-Jazira selama tiga tahun (2001-03) dan seterusnya bersara.


"Saya lahir di kawasan yang sesak. Tidak ada duit. Saya berjaya. Saya bekerja kuat. Itulah yang saya mahu rakyat Liberia lakukan sekarang.

"Mereka perlu bekerjasam dengan saya dan mengambil peluang apa yang saya tawarkan," jelasnya kepada The Daily Mail.

Tags / Kata Kunci: George Waeh , Chelsea , Man City

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan