Tiga Jahitan Rawat Luka Ronaldo - Bola Sepak | mStar

Tiga Jahitan Rawat Luka Ronaldo

Diterbitkan: Isnin, 22 Januari 2018 7:18 AM

(Ubah saiz teks)

PENGENDALI Real Madrid, Zinedine Zidane mendedahkan Cristiano Ronaldo menanggung kesakitan akibat luka di kepala yang dialaminya ketika perlawanan menentang Deportivo La Coruna.

Pemain Portugal itu meninggalkan padang dalam keadaan berlumuran darah di muka selepas bertembung pertahanan lawan, Fabian Schar ketika cuba menjaring gol keenam Real pada aksi di Stadium Bernabeu itu.

Bercakap kepada media selepas perlawanan yang berakhir dengan kemenangan Real 7-1, Zidane berkata:"Dia mengalami luka dan telah mendapat dua atau tiga jahitan  dan kini dalam keadaan baik."

Kecederaan yang dialami Ronaldo bagaimanapun berakhir dengan kemenangan buat pasukan itu selepas tiga kali tewas dalam perlawanan sebelum ini.

Mengenai sumbangan Gareth Bale, Zidane berkata: "Saya sentiada mahu setiap pemain dapat beraksi di padang dan apabila mereka tiada, ia membuatkan saya rasa tidak senang."

Tambahnya, ketika ini, pasukan itu tidak mempunyai dua pemain tengah dan ia sesuatu yang tidak menggembirakan.

"Bagaimanapun saya gembira dengan Gareth kerana dia menunjukkan aksi yang konsisten," katanya.

Katanya lagi, sememangnya sesuatu yang positif dan hebat jika memenangi perlawanan terutama dengan tujuh gol di tempat sendiri.

"Bukan selalu kita dapat tujuh gol di Bernabeu, jadi ia satu hari yang sangat berbaloi dan mengujakan," katanya.-SkySport

Tags / Kata Kunci: Ronaldo , Zidane
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan