Gracia Jurulatih Baharu Watford - Bola Sepak | mStar

Gracia Jurulatih Baharu Watford

Diterbitkan: Isnin, 22 Januari 2018 2:37 PM

Foto kredit: Watford

(Ubah saiz teks)

WATFORD melantik Javi Gracia sebagai pengurus baharu kelabnya.

Jurulatih dari Sepanyol itu dipilih menguruskan skuad Watford selepas beberapa jam Marco Silva dipecat pada Ahad.

Gracia, 47, mengikat kontrak selama 18 bulan bersama Watford yang kini berada di kedudukan ke-10 tangga Liga Perdana Inggeris.

"Watford dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Javi Gracia merupakan ketua jurulatih baharu kelab," jelas kenyataan kelab di laman web rasmi Watford.

"Sepanjang dua musim bersama Malaga, dia telah memastikan kedudukan kelompok sepuluh terbaik dalam La Liga."

Tags / Kata Kunci: Watford , Javi Gracia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan