Ferguson Sambut Ketibaan Sanchez - Bola Sepak | mStar

Ferguson Sambut Ketibaan Sanchez

Diterbitkan: Isnin, 22 Januari 2018 10:40 PM

Ferguson sendiri menyambut ketibaan Sanchez di Old traffor, pagi Isnin. -foto Eamon & James Clarke/metroUK

(Ubah saiz teks)

ALEXIS Sanchez disambut sendiri oleh Sir Alex Ferguson di Old Trafford pagi Isnin (waktu tempatan) menjelang perpindahannya ke Manchester United secara rasmi.

Pemain dari Chile telah itu menyelesaikan bahagian kedua ujian kesihatan susulan perpindahannya dari Arsenal dan perjanjian itu mungkin diumumkan dalam tempoh 24 jam akan datang jika permohonan permit kerja Sanchez diluluskan.

Pemain berusia 29 tahun itu berada di Manchester sejak Sabtu untuk mula melakukan ujian kesihatan dan gambar Sanchez di Old Trafford telah bocor malam Ahad yang mana dia dilihat memakai baju nombor 7 di Theatre of Dreams.

Ketibaan Sanchez menyaksikan dia  melakukan ‘rampasan kuasa terbesar’ di United sejak penandatanganan Paul Pogba dari Juventus, jadi tidak hairanlah Ferguson memutuskan untuk menyambut bintang Arsenal ini, Isnin.

Ferguson, bekas pengendali United, tiba dengan sebuah kereta berasingan, berjalan menuju ke arah van yang dinaiki Sanchez dari Hotel Lowry dan kemudian dilihat berbual dengannya.

Perpindahan Sanchez ke United bergantung kepada Henrikh Mkhitaryan yang bersetuju untuk menyertai Arsenal dan pemain dari Armenia itu berada di London pada hujung minggu ini untuk menyelesaikan formaliti perpindahannya ke Emirates.

Sekiranya urusan perjanjian Sanchez selesai dalam masa 24 jam akan datang dia boleh berlatih dengan rakan sepasukan barunya untuk pertama kali pada Rabu dan mungkin membuat kemunculan pertama di Piala FA melawan Yeovil pada Jumaat.

Kemunculan sulungnya dalam Liga Perdana Inggeris mungkin menentang Tottenham di Wembley pada 30 Januari. -metroUK

Tags / Kata Kunci: Sir Alex Ferguson , Alexis Sanchez
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan