Aksi McCarthy Tamat Awal - Bola Sepak | mStar

Aksi McCarthy Tamat Awal

Diterbitkan: Ahad, 21 Januari 2018 3:29 PM

Foto: Reuters

(Ubah saiz teks)

JAMES McCarthy terpakasa melupakan baki persaingan liga musim ini.

Pemain tengah Everton itu mengalami retak tulang betis kaki ketika bersaing dengan West Brom pada perlawanan lewat Sabtu malam.

Kakinya dibentes di bahagian belakang oleh Solomon Rondon ketika sedang membawa bola.


Gara-gara insiden tersebut, McCarthy terpaksa diusung keluar selepas rakan sepasukannya melihat dia menjerit kesakitan.

Pada perlawanan tersebut, Everton berjaya mengikat pasukan pelawat dengan keputusan seri 1-1.

Tags / Kata Kunci: James McCarthy , Everton
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan