“Ronaldo Nampak Sedih Di Real Madrid” - Bola Sepak | mStar

“Ronaldo Nampak Sedih Di Real Madrid”

Diterbitkan: Sabtu, 20 Januari 2018 4:18 PM

Cristiano Ronaldo. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo nampak sedih di La Liga, dakwa bekas penyerang Real Madrid, Pedrag Mijatovic.

Real berdepan musim yang lemah di peringkat domestik, dengan hanya memenangi sembilan daripada 18 perlawanan liga musim ini.

Ronaldo sendiri telah gagal mengekalkan prestasi standardnya, menjaringkan hanya empat gol dalam liga utama Sepanyol itu.

Penyerang Portugal itu bagaimanapun menunjukkan pencapaian tahap tinggi dalam pertandingan Eropah, dengan sembilan gol dalam Liga Juara-Juara.

Mijatovic percaya Ronaldo juga terganggu oleh keengganan kelabnya untuk menawarkan gaji yang hampir sama dengan pemain pesaingnya di Barcelona, ​​Lionel Messi.

Ronaldo hanya menjaringkan empat gol La Liga setakat ini. -fotoREUTERS

"Situasi ini perlu dinilai dengan baik pada penghujung musim ini," katanya kepada Marca.

"Perkara-perkara ini mesti dibincangkan dan jika dia (Ronaldo) tidak gembira, dia harus menyatakannya.

"Saya tidak melihat Ronaldo sedih dalam Liga Juara-Juara tetapi saya melihatnya di La Liga.

"Itu tidak ada kena mengena dengan gajinya.

"Mungkin dia lebih bermotivasi dengan Liga Juara-Juara."

Bintang Paris Saint-Germain Neymar telah disebut-sebut sebagai pengganti Ronaldo di Los Blancos.

Walaupun Mijatovic adalah peminat setia pemain dari Brazil itu, dia tidak yakin perjanjian dapat disepakati.

Pemenang Liga Juara-Juara 1998 itu berkata: "Secara peribadi, saya sukakan Neymar sebagai pemain.

"Dia mempunyai sentuhan ajaib dan akan memenangi hati ramai peminat Real Madrid, atau hampir semuanya.

"Jika ada peluang untuk menandatanganinya, saya akan menjadi orang pertama yang berkata 'ya', tapi saya tidak pasti sama ada ia mungkin.

"Jika Neymar mampu bertahan dengan Lionel Messi, maka tidak ada sebab dia tidak dapat bermain dengan baik dengan Ronaldo." -dailyStar

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo , Pedrag Mijatovic
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan