Kim Swee Dedah Punca Tewas - Bola Sepak | mStar

Kim Swee Dedah Punca Tewas

Diterbitkan: Sabtu, 20 Januari 2018 7:07 PM

Kim Swee ketika aksi perlawanan suku akhir bertemu Korea Selatan pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengendali skuad Bawah 22 Tahun negara mengakui pemainnya telah melakukan yang terbaik pada aksi suku akhir Piala Asia Bawah 23 Tahun, namun beberapa perkara perlu diberi perhatian.

Datuk Ong Kim Swee berkata, hilang tumpuan menyebabkan skuadnya dihukum dengan jaringan seawal 15 saat permainan dimulakan.

"Secara keseluruhan, pemain-pemain telah menunjukkan aksi terbaik.

"Tetapi apabila hilang tumpuan inilah yang akan berlaku apabila bermain dengan pasukan besar. Kesilapan itu telah menghukum mereka dengan jaringan awal.

"Bagaimana pun permainan hari ini lebih baik bebranding ketika beraksi dengan Arab Saudi (pusingan kumpulan, Selasa lalu).

"Kami mengawal situasi permainan sejak separuh masa pertama," ujarnya dalam satu rakaman media selepas perlawanan pada Sabtu petang.


Tambah Kim Swee, pencapaian pasukan sangat baik, tetapi mereka tidak boleh berpuas hati.

"Kita tidak boleh gembira dengan pencapaian ini. Kami perlu melihat kembali perlawanan bertemu Iraq, Arab Saudi, Jordan dan Korea Selatan ini.

"Prestasi terbaik bukan hanya terletak pada satu perlawanan. Mereka perlu konsisten dan inilah yang akan diperbaiki selepas ini," tambahnya.

Biarpun terkandas ke saingan separuh akhir, skuad muda negara telah melakar sesuatu yang istimewa dalam sejarah bola sepak tempatan apabila menjadi lapan pasukan terbaik peringkat Asia dengan mara ke suku akhir buat julung kalinya pada kejohanan dwi tahunan ini.

Selain itu, Korea Selatan yang beraksi dengan tiket naib juara 2016 bakal berdepan dengan Uzbekistan yang membuat kejutan dengan menewaskan juara bertahan Jepun 4-0 sebelum ini.

Tags / Kata Kunci: Ong Kim Swee

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan