United Sedia Tawar Kontrak Baharu Kepada Rojo, De Gea - Bola Sepak | mStar

United Sedia Tawar Kontrak Baharu Kepada Rojo, De Gea

Diterbitkan: Jumaat, 19 Januari 2018 3:57 PM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United bersedia membuka rundingan kontrak dengan Marcos Rojo (gambar) dan memutuskan perjanjian baharu untuk David de Gea.

Pemain kelahiran Argentina, Rojo telah mempamerkan prestasi cemerlang sebagai pemain pertahanan di bawah pimpinan Jose Mourinho.

Kini, jurulatih Portugis itu mahu perjanjian baharu buat bintang berusia 27 tahun tersebut diperbaharui sehingga 2019.

De Gea yang juga berbaki 12 bulan dan setahun lagi sebagai pilihan turut memberi jaminan akan kekal di Old Trafford, sementara Real Madrid menumpukan perhatian ke atas Thibaut Courtois (Chelsea) dan Kepa Arrizabalaga (Athletic Bilbao).

De Gea.

Ejen De Gea, Jorge Mendes pula berada di pusat latihan Carrington pada Rabu bersama Ed Woodward yang juga sedang mengintai peluang bagi menyambung kontraknya untuk Mourinho.

Sementara itu, Rojo dan rakan senegaranya, Sergio Romero turut bertemu jurulatih Argentina Jorge Sampaoli di Carrington pada Rabu.

Manakala, Henrikh Mkhitaryan berlatih di Carrington pada pagi Khamis biarpun akan berpindah ke Arsenal. - Daily Mail

Tags / Kata Kunci: Marcos Rojo , David de Gea

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan