Aubameyang 'Setuju' Tawaran Arsenal - Bola Sepak | mStar

Aubameyang 'Setuju' Tawaran Arsenal

Diterbitkan: Jumaat, 19 Januari 2018 7:24 AM

Pierre-Emerick Aubameyang. Foto AP

(Ubah saiz teks)

PIERRE-Emerick Aubameyang bersetuju dengan perjanjian selama tiga setengah tahun dengan Arsenal bernilai £170,000 (RM934,560) seminggu untuk berhijrah dari Borussia Dortmund, menurut Sky Italia.

Aubameyang menjadi sasaran nombor satu buat Arsenal untuk menggantikan pemain Alexis Sanchez yang akan ke Manchester United.

Rundingan mengenai kontrak £53 juta (RM291) berlangsung pada minggu ini.

Ketika perbincangan antara kedua-dua kelab diadakan, terdapat dakwaan bahawa Aubameyang bersetuju dengan syarat kontrak berkenaan.

Kontrak tersebut dijangka berakhir pada akhir musim 2020-21. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: Pierre-Emerick Aubameyang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan