Otamendi Sambung Kontrak Dengan City Hingga 2022 - Bola Sepak | mStar

Otamendi Sambung Kontrak Dengan City Hingga 2022

Diterbitkan: Khamis, 18 Januari 2018 6:11 PM

Otamendi menyambung kontraknya bersama City hingga 2022. - Reuters

(Ubah saiz teks)

PEMAIN pertahanan Manchester City, Nicolas Otamendi sudah menandatangani sambungan kontrak sehingga 2022, umum kelab Liga Perdana itu.

Bintang kelahiran Argentina yang berusia 29 tahun itu telah membuat sebanyak 118 kemunculan dengan City sejak tiba di Stadium Etihad selepas berpindah dari Valencia pada 2015 dan memenangi Piala Liga pada musim pertamanya di England.

Dia juga pernah muncul sebanyak 22 daripada 23 kali perlawanan City dalam Liga Perdana pada musim ini, memandu barisan pertahanan untuk membantu pasukan Pep Guardiola di puncak liga.

"Saya telah menikmati masa saya di City sejak hari pertama saya tiba dan saya amat gembira kerana saya akan berada di sini beberapa tahun lagi.

"Matlamat saya adalah untuk membantu pasukan ini dan memberikan yang terbaik untuknya. Saya belajar setiap hari di bawah Pep dan menikmati bola sepak serta berasa saya masih boleh memperbaiki diri sebagai seorang pemain," kata Otamendi dalam satu kenyataan. - Eurosport

Tags / Kata Kunci: Nicolas Otamendi , Manchester City
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan