Mkhitaryan Sedia Ke Arsenal, Pendapatan Paling Tinggi - Bola Sepak | mStar

Mkhitaryan Sedia Ke Arsenal, Pendapatan Paling Tinggi

Diterbitkan: Khamis, 18 Januari 2018 5:31 PM

Henrikh Mkhitaryan. -fotoGetty

(Ubah saiz teks)

HENRIKH Mkhitaryan, petang Khamis dilaporkan bersedia meninggalkan Manchester United untuk bergabung dengan Arsenal.

Laman web Armenia 1in.am telah menerbitkan artikel bertajuk 'Mkhitaryan: Bintang baru Arsenal adalah kebanggaan kita semua'.

Mengenai butiran perjanjiannya dengan Arsenal, ia mendakwa Mkhitaryan akan mendapat £130,000 seminggu di Stadium Emirates sebagai gaji asas.

Dia juga akan menerima bonus tambahan yang akan menjadikan pemain berusia 28 tahun itu pemain dengan pendapatan paling tinggi di Arsenal.

Mkhitaryan turut dilaporkan akan menandatangani perjanjian empat tahun dengan Gunners.

ARTIKEL BERKAITAN: Sanchez Dapat Bayaran Tertinggi Di United

ARTIKEL BERKAITAN: Mkhitaryan Mungkin Akan Dibenci Di Old Trafford

Adakah laporan ini boleh dipercayai?

Tidak jelas dari mana 1in.am mendapatkan maklumat mereka.

Seseorang dari laman web Armenia itu dipercayai mempunyai maklumat dalaman mengenai Mkhitaryan.

Tetapi memandangkan hal ehwalnya diuruskan oleh ejen terkenal Mino Raiola, laporan pada Khamis masih dipertikai ketepatannya.

Ramai yang percaya bahawa Raiola berminat mensensasikan pemindahan Mkhitaryan supaya pelanggannya mendapat tawaran terbaik.

Apa yang pasti setakat ini, sama ada Arsenal mahupun United masih belum mengesahkan perpindahan itu. -101greatgoals


Tags / Kata Kunci: Henrikh Mkhitaryan , Alexis Sanchez

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan