FA Dedah Kelakuan Wenger - Bola Sepak | mStar

FA Dedah Kelakuan Wenger

Diterbitkan: Rabu, 17 Januari 2018 7:54 AM

Wenger terpaksa berada di tempat penonton pada perlawanan bertemu Bournemouth Ahad lalu. Foto: Reuters

(Ubah saiz teks)

PERSATUAN Bola Sepak England (FA) mendedahkan kelakuan Arsene Wenger terhadap pengadil Mike Dean.

Pengurus Arsenal itu menggelar Dean 'memalukan' dan tidak jujur' ketika aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris Disember lalu ketika menentang West Bromwich Albion.

Malah Wenger juga dikatakan bersemuka dengan pengadil tersebut kerana tidak berpuas hati dengan keputusan penalti yang dibuat ketika perlawanan berlangsung.

Gara-gara tindakannya itu, Wenger dilarang berada di padang untuk tiga perlawanan.

FA memberi tunjuk sebab mengapa Wenger dikenakan hukuman termasuk menyenaraikan testimoni oleh Dean.


"Dia sangat agresif dan menunjukkan ke arah saya dengan berkata, 'Anda tidak jujur pada masa yang silap," ujar Dean.

"Saya menjawab. 'Jadi kamu gelar saya tipu'. Dia jawab, 'Saya kekal dengan apa yang dicakap, kamu tidak jujur.'

"Kemudian dia berkata, 'Kamu telah banyak melakukannya kepada kami sebelum ini. Kamu sepatutnya perlu profesional, kamu memalukan'."

Keputusan Dean memberi penalti kepada West Brom itu menjadikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Sebagai rekod, pengendali dari Perancis itu turut menerima hukuman penggantungan empat aksi  kerana menolak pegawai keempat perlawanan ketika aksi kemenangan 2-1 bertemu Burnley.

Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger , Arsenal

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan