Walcott Tinggalkan Arsenal Selepas Sedekad - Bola Sepak | mStar

Walcott Tinggalkan Arsenal Selepas Sedekad

Diterbitkan: Rabu, 17 Januari 2018 9:21 AM

(Ubah saiz teks)

THEO Walcott bakal menjadi milik Everton pada Rabu.

Pemain tengah Arsenal itu telah selesai menjalani ujian kesihatan di Everton.

Walcott dijangka akan diperkenalkan sebagai pemain baharu Everton pada Rabu selepas perpindahan dengan kontrak bernilai 25 juta pound (RM137 juta).

Pemain antarabangsa England berusia 28 tahun itu memilih Everton biar pun mendapat beberapa tawaran lain termasuk bekas kelabnya, Southampton serta Bournemouth dan West Ham.

Dia kelihatan tiba di pusat latihan Everton di Finch Farm pada Selasa petang.

Sepanjang berada di Arsenal sejak 2006, Walcott berjaya merakam 108 gol, namun gagal menyerlah sejak kebelakangan ini.

Everton dilaporkan telah membuat tawaran menarik bagi memikat Walcott dengan gaji berjumlah 110,000 pound (RM601,706) seminggu.

Dia dijangka terus disenaraikan dalam skuad utama Sam Allardyce menjelang perlawanan bertemu West Brom Sabtu ini.

Tags / Kata Kunci: Theo Walcott , Everton

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan