Ronaldinho Ucap Selamat Tinggal - Bola Sepak | mStar

Ronaldinho Ucap Selamat Tinggal

Diterbitkan: Rabu, 17 Januari 2018 7:20 AM

(Ubah saiz teks)

RONALDHINDO secara rasminya bersara sebagai pemain.

Bintang legenda Brazil itu mahu menggantung butnya dan memberi fokus kepada karier baharu sebagai pemuzik serta jurulatih di sekolah.

Sejak 2015, dia tidak mempunyai kelab profesional yang disertainya, namun pemain berusia 37 tahun itu aktif dalam sukan ekstrem malah banyak terlibat dengan pertunjukan kemahiran di peringkat global.

Pemain yang digelar 'arkitek' pasukan itu menamatkan spekulasi persaraannya yang timbul sebelum ini apabila banyak klip gambar-gambarnya dimuat naik di laman sosial.

Turut berkongsi di laman Twitter, bintang Barcelona, Lionel Messi; "Ronaldinho rasmi bersara daripada bola sepak. Ahli silap mata".

Tags / Kata Kunci: Ronaldinho

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan