FAM Ucap Tahniah Kejayaan Skuad B-23 Negara - Bola Sepak | mStar

FAM Ucap Tahniah Kejayaan Skuad B-23 Negara

Diterbitkan: Rabu, 17 Januari 2018 5:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pencapaian membanggakan skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan yang berjaya mengesahkan tempat ke suku akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 Selasa malam, mendapat ucapan tahniah daripada  Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ucapan tahniah itu di dikongsi dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Facebook FAM, Rabu.

"Tahniah dan syabas  buat para pemain dan barisan kejurulatihan skuad b-23 kebangsaan," kata kenyataan itu.

Sementara itu, barisan Exco FAM juga tidak ketinggalan berkongsi perasaan yang sama dan menyifatkan pencapaian skuad di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu adalah hasil daripada  rangka persiapan yang serius dan perancangan terbaik oleh Presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menurut satu kenyataan daripada Exco FAM Christopher Raj, selain pemain dan barisan kejurulatihan, tidak dilupakan jasa presiden yang memainkan peranan utama dalam melakukan perancangan dan strategi dari aspek kejurulatihan.

"Ini juga adalah hasil kerja Tunku Ismail yang berjumpa dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Korea Selatan pada Ogos lepas sehingga membolehkan pasukan B-23 dan pasukan B-19 diberikan ruang istimewa untuk menjalani latihan dan persiapan di Korea Selatan sebelum menyertai kejohanan berkenaan," katanya.

Semalam, skuad negara mencipta kejutan apabila menumbangkan Naib Juara 2013, Arab Saudi 1-0 pada aksi terakhir peringkat kumpulan sekali gus muncul naib juara mengiringi Iraq selaku Juara Kumpulan C mara ke peringkat suku akhir buat kali pertama dalam penyertaan sulung di kejohanan itu.

Pada aksi suku akhir dijadual berlangsung Jumaat ini, menanti Malaysia adalah juara Kumpulan D yang terdiri daripada Korea Selatan, Vietnam, Australia dan Syria, di mana persaingan masih terbuka buat keempat-empat pasukan itu.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: FAM , B-23

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan