Ronaldo Beritahu Rakan 'Mahu Ke United' - Bola Sepak | mStar

Ronaldo Beritahu Rakan 'Mahu Ke United'

Diterbitkan: Selasa, 16 Januari 2018 9:30 AM

Cristiano Ronaldo

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo sedang melihat peluang perpindahan musim panas dari Real Madrid dan dilaporkan telah memberitahu rakan sepasukannya untuk kembali bergabung dengan Manchester United.

Bintang Portugis itu dikatakan berasa sangat terancam di Bernabeu dan berasa 'dikhianati' oleh kelab kerana gagal memperbaharui kontraknya, menurut Diario AS.

Laporan itu menyatakan bahawa pemain berusia 32 tahun itu telah memaklumkan kepada rakan sepasukan tentang keputusannya dan telah mengaitkan tindakannya itu dengan hubungan tidak baik dengan presiden kelab, Florentino Perez.

Perjanjian semasa Ronaldo dengan kelab juara Sepanyol dan Eropah itu tamat pada Jun 2021 tetapi dia sebelum ini telah dijanjikan dengan perjanjian baharu dengan kenaikan gaji, tetapi ini belum dapat dicapai.

Dengan hanya empat gol liga yang dijaringkan oleh Ronaldo, Madrid berasa tidak ada tekanan untuk memperbaiki terma perjanjian baharu yang ditandatanganinya pada 2016.

Setelah menyertai Madrid dari United pada tahun 2009, pemegang anugerah Ballon d'Or itu memperoleh €21 juta setiap tahun, yang mana bayaran itu telah dikalahkan oleh Neymar di PSG (€36 juta) dan kontrak baru Lionel Messi di Barcelona (€50 juta). -footballEspana

Tags / Kata Kunci: Cristiano Ronaldo , Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan